Showing posts with label Story that wake you up. Show all posts
Showing posts with label Story that wake you up. Show all posts

Alhamdulillah.Clear Mind as Crystal.

Assalamualaikum and hye ,
So hari ini i'll like to share something great that happen to me :)

You know this "magic" berlaku since i ditimpa sesuatu musibah yang membuatkan hatiku dirobek-robek hehe but everything has gone now.Alhamdulillah. So one day ,when that musibah happen i cry alot and my heart are totally diberikan kepada kepada Allah and yes i still boleh bertindak rasional.

Sejak dari itu my ibadah is getting better,my connection dengan Allah alhamdulillah is getting closer.I just love to think about Him every single time.Since dari itu banyak jugalah dengar dari Dr Asri ,UAI as usual and few books but yes still banyak lagi kena improve.As i surrender myself to him ,'musibah' tu pun tak kekal lama and it just fade away easily.

So ada beberapa perkara penting yang i'd learnt untuk stay connecting w Him.

  1. Pray on Time.Whatever you doing seboleh-boleh tinggalkan and utama kan Allah.
  2. "Astaghfirullah" all the time.We have so many sins.
  3. Our destination is Syurga ,Dunia ni sekejap saja.
  4. Amalkan solat sunat 14 rakaat ini yang Rasulullah kata kalau kita buat akan ada istana kita di syurga nanti.
  5. Recite quran as many as you can kerana dia akan memberi syafaat pada kita nanti.
  6. Setiap input yang masuk dalam minda melalui pendengaran dan penglihatan akan diserap oleh jiwa dan menzahirakan tindakan.jadi jaga 'input' itu sebaik mungkin.
  7. Dengar ilmu agama sebanyak mungkin.
  8.  Lupakan amal ibadat yang pernah kita lakukan ,tapi selalu ingat dosa2 yang pernah kita lakukan.
  9. Bangun pagi terus ingat Allah ,didik hati ingat Allah sepanjang hari.
Hopefully dengan few amalan2 kita dekat Allah akan menzahirkan lebih banyak positive output. Allahurabi your mind will feel free as bird flying at the sky. Semoga kita mati dalam iman dan semoga tidak akan lagi perasaan cintakan dunia.

SECRET OF A HAPPY LIFE

Me: Assalamualaikum Dear Readers,Boleh saya minta izin untuk story everything kat sini.
You: Sure..

Setiap manusia ada pemikiran masing masing,ada life masing-masing.So i dont know how you're enjoying you One Time Living that was given by Allah,there are few thing yang kita harus amalkan dan Ingat sampai malaikat cabut nyawa.Esp remaja sama baya dengan saya.

ALLAH
Ingat mata yang sedang baca ,Minda yang tengah berfungsi ini adalah kuasa-Nya.Allah beri pinjam pada kita Roh and Jasad.Apabila bunyi tiupan sangka-kala ,atau tercabutnya Roh dari Badan Kita semua akan kembali pada Dia.

ILMU
Otak kita perlu diberi makan ,macam perut juga kalau tak makan sakit kalau makan benda bukan bukan nanti tak sihat.Otak juga perlu makanan yang baik,so Read and Discover banyak ilmu pengetahuan dari Allah yang belum kita tahu.Apabila luas pemandangan semakin Tinggi IQ ,kata kata yang dikeluarkan pun cantik semoga menyenangkan orang lain juga.

CINTA
Buang jauh jauh rasa benci dekat orang,dengki It means our heart are sick.sayang orang di sekeliling kita always imagine what you give you'll get back dari Allah.Allah maha penyayang ,ambil sikit sifat-Nya.

REZEKI
Allah limpahkan rezekinya di Atas Muka Bumi ini Di Langit-Nya,jadi Berusahalah untuk mendapat kesenangan Duniawi dan Akhirat.Semoga apabila hidup senang dekat Dunia ni mudah untuk kita beribadat dan hindari kufur dengan Allah.

So basically this is the base yang kita simply boleh practice ,Wallahu'alam, moga kita dapat living a life yang super ExtraOrdinary.InsyaAllah.

Tips:
Need a happy life? Besides amalkan ibadat utama PLEASE do Sedekah dekat orang yang memerlukan.You will a difference yang sangat amazing.Always bersyukur ,InsyaAllah.

THANK YOU  for reading.




INVESTMENT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Theres a looooooooooooong time no type,so here i am :)

So ,firstly me myself sebagai orang muda remaja yang memang semulajadinya dikelilingi sumber sumber ada yang baik ada yang tak baik ,campur campur.So basically you know what happen kalau kita dikelilingi macam macam benda ini,our brain is not balance skjap baik skjap lupa diri.
Okay what i mean is,sometimes kita sedar kita lupa kan Allah and lalai buat benda lain which is not good .So lumrah anak muda ni 'leka' sifat dia.

WHAT I DO HERE
Lets invest ,you know kalau dalam business tengok orang kaya banyak keluar duit invest sebab dia tau there will be profit ,sama la ibadat just let be smart keep beribadat sebaik mungkin and what we do now is INVEST.Invest here including sedekah which is benda yang palik baik and mujarab kita boleh buat .
 “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Pahala are infinity so does dosa,so pilihlah yang  mana nak..
We already know that kan,another investment is sharing knowledge..
Boleh  practice macam macam cara ,me myself is so in love with videography so what i do buat video islamic SHARE and the more orang tengok the more PAHALA Insyallah :)

Just a little tip to make you and me a better person,insyallah
THANKYOU ,buhbye

How to be POSITIVE :)

Okay firstly it is from my own experience ,masa ni dkt Singapore mmg ramai mat salleh and ada satu masa tengan jalan ni adala sorang mat salleh prempuan ni Caaantik tengah dduk and shes staring at me time tenga jalan tu ,dia pandang senyumm je mcam suka ap yg dia tgk ni (hehe) .1st thing i see she gimme a positive aura dia bukanlah sombong yg pandang orang sebelah mata.Shes like observing or whatever i dont mind.


And you know what from that day ,ive been thinking why not we see another people punya kelebihan as kita punya juga.Allah jadikan dia rupawan Allah juga jadikan kita begitu ,ada lebih ada kurang .Same goes to tengok orang pandai ,orang yang alim ,tengok orang yg fit and more..

Lets get rid of negative sides of other people ,bila kita pandang org lain dengan rasa iri hati ,marah it means there must be something wrong somewhere at our heart ,So take a deep breath ,lets be positive :)

THANKYOU :)

Btw insyallah  i'll upload picture pergi Singapore haritu nanti,Universal Studio just pergi dengan family cousin semua becuti sekali sakala hehe :)


Manipulated Ladies.

Kenapa perempuan kena cover aurat dia? Perempuan itu sifat dia sendiri attraction .Me myself bila rasa terdedah mesti ada rasa takut.Same goes to rumah .Bila protection tu kurang ,macam macam boleh jadi.
Imagine that satu hari ,kita biarkan gate kat luar terbuka tambah lagi dengan pintu rumah terbuka.Kawasan kejiranan tu penuh dengan orang jahat. And then marah pencuri sebab rompak rumah dia.What do you expect?
So that you can dress whatever you want.Mind Manipulated.
ALLAH ASK US TO DO IT BECAUSE WOMEN WILL BE PROTECTED ,BECAUSE WOMEN WILL BE RESPECTED ,BECAUSE NICE WOMEN SAVE MEN FROM HELL.
No pressure :)

Puisi Afdlin Shauki tentang GAZA & Keinsafannya

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara


Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Barakallah Feeq

FAKTA Permerintah Islam Seluruh Dunia.(Yusuf Al-Qaradhawi)


Sekarang ini masih terdapat jurang yang boleh kita rasakan di dalam setiap negara di antara pemerintah dengan rakyatnya.Rakyat secara fitrahnya,sejarah dan realitinya sentiasa bersama islam.Pemimpin pula berdasarkan latar belakang,pendidikan dan kepentinganya terikat dengan puak puak yang bermusuhan dengan Islam.
Gambar hiasan sematamata

Oleh kerana itulah mereka walaupun tidak benci kepada islam tetapi mereka amat takut kepada kembalinya hukum  Islam.Mereka risau ajaran Islam akan kembali berkuasa dan memimpin.Justeru mereka memilih untuk kekal di satu lembah sedangkan rakyat mereka berada di lembah yang lain.seolah olah mereka adalah dua garisan selari yang tidak pernah bertemu.

Selain itu ,wujud juga jurang di antara golongan elit yang berpelajaran dengan orang ramai.Orang ramai secara jumlahnya mempunyai fikrah islam ,memiliki sensiviti agama yang kuat terhadap islam ,dan berakhlak dengan akhlak islam.Adapun golongan elit yang saya maksudkan adalah sebahagian besar bukan semua-mereka telah diserangi oleh penjajahan pendidikan yang telah menghalau  fikrah islam daripada asas kehidupan mereka.Ketua ketua mereka dikelilingi fahaman yang salah tentang islam.Lalu mereka mula beriman kepada sekularisma (athiesma) baik dari segi hidup mahupun pemikiran.

Mereka menganggap agama hanyalah sekadar satu hubungan seseorang dengan tuhanya.Maka mereka tidak membenarkan agama untuk memimpin kehidupan mahupun campur tangan di dalam penguasaan  undang undang.sekiranya ia dibenarkan maka cukuplah baginya masjid untuk solat ,cakap cakap agama di dalam radio dan television,satu kolum di akhbar .Bahkan untuk itu merekalah yang menjadi penderma dan mencanangkan bahawa mereka telah memperjuangkan Islam ! Adapun untuk menjadikan islam sebagai satu sistem kehidupan atau perlembagaan sebuah negara,nescaya sekali kali Tidak! 

By Prof.Dr Yusuf Al Qaradhawi

NEW VID ,Do Watch okay :)

So this is my 2nd da'wa video.Hope you like it..
Sorry for that part yg ter-double subtitle ,white text from the original vids and the pink one is mine.Sorry okay..
 
So here we go :)

 
THANKYOU

The industrial food system


This documentary was made by Robert Kenner .
Important story about what we eat nowadays.IMPORTANT
 
"We really live in the money-madness world"
(Said idontknow)


Gorgeous Man and the Quran


Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang lelaki yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat -malaikat dari syurga"




Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar



 

Choose your food wisely


This man telling you the truth.



"That elephant listen to the kid who reciting the Quran" 
How lovely :')

Do you know how we are created?


Kita dicipta sebagai roh dan diletakkan ke dalam sebuah jasad.Jasad kita hanyalah alatnya .Sebuah alat yang membawa roh kita yang kekal abadi untuk menjalani kehidupan yang sebentar di dunia.Sebuah alat yang patut digunakan untuk membina dan memberi makanan yang baik kepada roh kita.


Tetapi apa yang kita buat?Kita sebaliknya menyerahkan kehidupan kita untuk memberi makanan dan kenikmatan dunia kepada 'alat'(jasad) kita.


Akhirat (thereafter) is like a sun, while the world (earthly possession) is like a shadow.
If you chase the world, it will goes far away from us. But, if we chase the thereafter life, then, the world will automatically follow.

"Dunya and Akhirat"


“Dunya” bermaksud keduniaan dalam bahasa arab ,dan ia adalah titik buruk dalam islam .Akirat bermaksud hidup yang kekal abadi.



“Dunya” adalah ilusi keduniaan dan ia adalah elemen yang menjauhi manusia dari akhirat .Dan inilah permainan syaitan yang berhasrat untuk menjauhkan manusia dari akhirat.Dia membuatkan kita rasa yang dunya adalah yang terdekat,bukan akhirat.

Islam memberitahu kita yang dunia adalah jauh,salah satu maksud "dunya" dalam bahasa arab ialah  seperti "cuba mencapai buah anggur yang kamu sebenarnya tidak akan dapat capai".Kerana inilah sifat semulajadi 'Dunya',kamu tidak akan dapat mengecapinya.Ia akan sentiasa mengelak daripada kita.

Nabi Muhammad saw meriwayatkan :
"Jikalau anak Adam mendapat satu gunung emas ,dia hanya akan mahukan kedua.".

Lihat di sekeliling anda,apa yang manusia sedang kejar dalam dunia ini?
  • Money
  • Entertainmen
  • Luxury
  • Women
  • Men

Remember to think who we are again,what we made for .Every single day cause we might forgotten.

Di sebalik "Hari Raya"

Eid Mubarak bukan sekadar untuk beraya.See it trough deeper angle.Fahami takbir raya Allah ada sampaikan sesuatu ..

Terjemahan Takbir Raya
Allah Maha Besar
Tiada tuhan melainkan Allah
Allah Maha Besar
Dan segala puji bagi Allah
Maha suci Allah pada pagi dan petang
Tiada tuhan melainkan Allah
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadanya
Walaupun orang kafir membencinya 
Tiada tuhan melainkan Allah sendirinya
Benar janjinya
Dan dia mengurniakan kemenangan kepada hambanya
Dia mengusir musuh Nabinya dengan sendirinya



Firman Allah ada mengatakan tentang Aidilfitri ini ,
 Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur. ”
Surah Al-Baqarah :185
                   

ALLAH BERKATA TENTANG BERITA BESAR.

This is my first video dalam islamic nih .Insyallah this is part of investment kan nak dapat pahala .I hope you like it :)

Please watch on youtube kalau tak boleh play kat sini tau .


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sebab turunnya Surah An-Naba.

Apabila diutuskan Rasulullah S.A.W dengan risalah Tuhan seluruh alam, untuk masyarakat Arab khususnya dan dunia amnya, baginda terus-menerus mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dan menyampaikan kepada mereka segala perintah Allah. Baginda juga membawa khabar tentang kebangkitan selepas mati dan menyampaikan kepada mereka Al-Quran.

Hal ini membuatkan manusia yang tidak beriman saling bertanya sesama mereka tentang hal ini. Di setiap perjumpaan di pusat-pusat pertemuan mereka, isu Rasulullah S.A.W pasti dibincang dan dipersoalkan. Tentang apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W  yang datangnya daripada Allah.

Mereka terus bertanya-tanya sesama mereka dan orang lain, apalah yang dibawa Muhammad ini, adakah dia seorang ahli sihir, penyair, ataupun tukang tilik? Maka turunlah surah ini.

ThankYou :)

Open your mind ,
Orang jahil tolak ulama' sebab fitnah politik yang memburukkan parti agama yang membangkang demi kepentingan sendiri.Tapi rakyat jangan turut membutakan minda untuk mengenal mana baik mana buruk dekat atas muka bumi ini.Orang melayu islam sekarang lebih sayangkan artis kafir daripada Ulama'.Tak apalah insyallah orang yang nak sangat tahukan kebenaran allah akan tunjuk.kan? 

How i love this picture :')

ThankYou for reading.

A man before Imam Mahdi.

READ THIS IF YOU DARE

This article is a combinatination of 2 article yang ada baca haritu ,dia article yang berlainan but technically   it is related dekat last last cerita dia.Wallahu'alam ,jangan 100% percaya this is just my thought.



Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam sedang melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan itu.
Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah sekitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ialah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih menonjol.
Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Tuhan itu berlaku seperti berikut:
Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.
Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian membesar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-gagak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau mereka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat mereka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:
Maksudnya:
“Maka Allah Azzawajalla mengumpul*kan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagai*kan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.” (Dipetik dari kitab Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)
Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Namun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.
• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibunya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.
Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengaitkan dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasulullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizikalnya.
• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.
• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.


Kenapa barat menjajah Nusantara?
Sebagai lanjutan kepada Perang Salib, mereka terus memburu saki baki keturunan Rasulallah. Mereka kejar hingga ke India (di India ada kesultanan Delhi yang diasaskan oleh Ahlul Bait). Dari India, dikejar pula sehingga ke Nusantara. Ke mana sahaja keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru, maka mereka (Illuminati) akan kejar. Raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur. Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA. Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.


Selama 500 tahun, kuasa orang Melayu hampir berjaya dihapuskan. Melaka hancur. Acheh telah ditakluk dan kini hanya sebuah provinsi. Raja-raja mati dibunuh di Indonesia. Tiada lagi raja di Indonesia. Raja-raja dan Sultan di Semenanjung Tanah Melayu masih terpelihara tetapi hilang kuasanya. Raja-raja Pattani (yang mempunyai DNA Nabi Muhammad, disebut Ahlul Bait) telah dikejar sehingga ke Kedah, Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Yang lari ke Kelantan dan Terengganu masih selamat. Yang kekal hingga hari ni ialah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Plan mereka ada dua:
a) TUBUHKAN SINGAPORE sebagai proksi Yahudi Zionist di Timur untuk menyekat Islam.
b) PISAHKAN PATANNI DARIPADA KELANTAN  (Bumi Ahlul Bait Serambi Mekah) kerana di sinilah keturunan Nabi Muhammad akan bangkit di akhir zaman.







Walahuallam
Thankyou for reading.


5 Reasons I Dont Watch TV.

I DONT LIKE TV LIKE YOU DID BECAUSE :

1.I am protecting my mind.
2.I want to think more by reaching knowledge with my own exploration.
3.I dont want to believe what media want me to believe.
4.I hate how media mengaggungkan western lifestyle.
5.My mind can do better than that.

Dont just agree apa yg tertera kat atas ni ,Find out why .Just a hint click here :)

ThankYou for reading. 

Muhammad s.a.w told us.

Instruction :
Firstly ,Open your mind.Second Think.



Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal' 
Kami bertanya: 'Suara apakah, ya Rasulullah?' Beliau menjawab: 

'Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. 

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. 

Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: 'Mahasuci Al Quddus, Mahasuci Al Quddus, Rabb kami Al Quddus!', karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa'.

I just like to recommend kita semua explore pasal Gallactic Allignment .Stop mendapkan otak tu dengan benda benda merepek lagi dah ,START THINKING okay.

ThankYou for reading.