ALLAH BERKATA TENTANG BERITA BESAR.

This is my first video dalam islamic nih .Insyallah this is part of investment kan nak dapat pahala .I hope you like it :)

Please watch on youtube kalau tak boleh play kat sini tau .


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Sebab turunnya Surah An-Naba.

Apabila diutuskan Rasulullah S.A.W dengan risalah Tuhan seluruh alam, untuk masyarakat Arab khususnya dan dunia amnya, baginda terus-menerus mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dan menyampaikan kepada mereka segala perintah Allah. Baginda juga membawa khabar tentang kebangkitan selepas mati dan menyampaikan kepada mereka Al-Quran.

Hal ini membuatkan manusia yang tidak beriman saling bertanya sesama mereka tentang hal ini. Di setiap perjumpaan di pusat-pusat pertemuan mereka, isu Rasulullah S.A.W pasti dibincang dan dipersoalkan. Tentang apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W  yang datangnya daripada Allah.

Mereka terus bertanya-tanya sesama mereka dan orang lain, apalah yang dibawa Muhammad ini, adakah dia seorang ahli sihir, penyair, ataupun tukang tilik? Maka turunlah surah ini.

ThankYou :)