A man before Imam Mahdi.

READ THIS IF YOU DARE

This article is a combinatination of 2 article yang ada baca haritu ,dia article yang berlainan but technically   it is related dekat last last cerita dia.Wallahu'alam ,jangan 100% percaya this is just my thought.



Jadual Tuhan untuk umat akhir zaman ini nampaknya sedang berlaku di waktu ini. Kebangkitan Islam kali pertama sedang berulang di sebelah Timur dengan kehendak Allah. Kita dapat lihat suatu kebangkitan Islam sedang melanda dunia terutamanya di nusantara ini. Inilah dia akhir zaman yang dijanjikan itu.
Rupa-rupanya akhir zaman yang dimaksudkan ialah sekitar kurun ke-15 Hijrah ini. Dan Timur yang dimaksudkan ialah Gugusan Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Indonesia dan sekitarnya. Walau bagaimanapun kebangkitan di Malaysia nampaknya lebih menonjol.
Berdasarkan Hadis tentangnya, secara umumnya Jadual Tuhan itu berlaku seperti berikut:
Di waktu Islam sedang musnah dan binasa di alam Melayu (Timur), bangunlah seorang manusia yang Allah janjikan untuk menyelamatkan kembali agama-Nya. Dia seorang yang berbangsa Quraisy dari Bani Tamim tetapi sudah nipis sekali kearabannya. Ini kerana seperti yang kita tahu, orang-orang Arab yang datang ke Timur pada masa dahulu sudah berkahwin dengan orang ajam (bangsa selain Arab) maka tidak pelik kalau Putera Bani Tamim itu sudah nipis Arabnya. Rasulullah tidak menyebut salasilah tetapi banyak memperkatakan tentang ciri-ciri fizikal Putera Bani Tamim ini serta ciri-ciri perjuangan dan pengikutnya. Sebab itu untuk mencari Putera Bani Tamim yang dijanjikan itu, kita carilah ciri-ciri dan stail perjuangannya, bukan salasilahnya.
Dia berjuang mulanya tentu melalui kumpulan kecil tetapi kumpulan atau jemaah atau toifahnya kemudian membesar. Sifat toifahnya mirip kepada jemaah Rasulullah kerana wanitanya berpakaian serba hitam seperti gagak-gagak hitam. Lelakinya berjubah serban. Pengikutnya sangat berpadu seolah-olah lahir dari satu ibu dan ayah. Cita-cita dan azam mereka kental dan besar. Ibarat kalau mereka hendak meratakan gunung sekalipun, dapat mereka lakukan. Rasulullah SAW dalam Hadis yang panjang menyebut malaikat Jibril a.s. sebagai berkata:
Maksudnya:
“Maka Allah Azzawajalla mengumpul*kan sahabatnya (Al Mahdi) sejumlah ahli perang Badar atau tentera Thalut iaitu 313 lelaki. Mereka bagaikan singa jantan yang keluar dari hutan, hati mereka bagai*kan besi waja, kalau mereka bercita-cita untuk mengubah gunung nescaya boleh dilakukannya. Gaya mereka adalah satu dan pakaian mereka juga satu, seolah-olah bapa mereka bapa yang satu.” (Dipetik dari kitab Aqdur Durar fi Akhbar Al Muntazar tahun 1983 m.s. 95)
Dia (Putera Bani Tamim) meminta kebaikan dari penguasa negara di mana dia berjuang tetapi tidak diberikan. Namun dia dan pengikutnya terus berjuang hingga akhirnya berjaya negara itu diserahkan padanya. Ertinya toifah kecil itu telah membesar ke peringkat daulah Islamiah.
• Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah, tidak lama selepas itu (dua tahun) zahirlah Imam Mahdi. Namanya sama seperti nama Rasulullah, nama bapa dan nama ibunya sama seperti nama bapa dan ibu Rasulullah yakni namanya Muhammad bin Abdullah dan ibunya Aminah.
Tentang Imam Mahdi, Rasulullah mengaitkan dengan baginda dari segi hubungan darah. Maka faktor salasilah Imam Mahdi adalah penting, sebab ia disebutkan di dalam Hadis. Tidak sepertimana Putera Bani Tamim tadi, Rasulullah hanya menyebut tentang ciri-ciri fizikalnya.
• Putera Bani Tamim kerana rapat dengan Imam Mahdi seperti rapatnya Nabi Harun dengan Nabi Musa, maka telah menyerahkan kuasa negaranya kepada Imam Mahdi, jelas disebut dalam Hadis. Dia muncul di Mekah, antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, terus mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.
• Penyerahan kuasa daulah kepada Imam Mahdi dilakukan oleh Putera Bani Tamim.


Kenapa barat menjajah Nusantara?
Sebagai lanjutan kepada Perang Salib, mereka terus memburu saki baki keturunan Rasulallah. Mereka kejar hingga ke India (di India ada kesultanan Delhi yang diasaskan oleh Ahlul Bait). Dari India, dikejar pula sehingga ke Nusantara. Ke mana sahaja keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru, maka mereka (Illuminati) akan kejar. Raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur. Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA. Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.


Selama 500 tahun, kuasa orang Melayu hampir berjaya dihapuskan. Melaka hancur. Acheh telah ditakluk dan kini hanya sebuah provinsi. Raja-raja mati dibunuh di Indonesia. Tiada lagi raja di Indonesia. Raja-raja dan Sultan di Semenanjung Tanah Melayu masih terpelihara tetapi hilang kuasanya. Raja-raja Pattani (yang mempunyai DNA Nabi Muhammad, disebut Ahlul Bait) telah dikejar sehingga ke Kedah, Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Yang lari ke Kelantan dan Terengganu masih selamat. Yang kekal hingga hari ni ialah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Plan mereka ada dua:
a) TUBUHKAN SINGAPORE sebagai proksi Yahudi Zionist di Timur untuk menyekat Islam.
b) PISAHKAN PATANNI DARIPADA KELANTAN  (Bumi Ahlul Bait Serambi Mekah) kerana di sinilah keturunan Nabi Muhammad akan bangkit di akhir zaman.







Walahuallam
Thankyou for reading.