FAKTA Permerintah Islam Seluruh Dunia.(Yusuf Al-Qaradhawi)


Sekarang ini masih terdapat jurang yang boleh kita rasakan di dalam setiap negara di antara pemerintah dengan rakyatnya.Rakyat secara fitrahnya,sejarah dan realitinya sentiasa bersama islam.Pemimpin pula berdasarkan latar belakang,pendidikan dan kepentinganya terikat dengan puak puak yang bermusuhan dengan Islam.
Gambar hiasan sematamata

Oleh kerana itulah mereka walaupun tidak benci kepada islam tetapi mereka amat takut kepada kembalinya hukum  Islam.Mereka risau ajaran Islam akan kembali berkuasa dan memimpin.Justeru mereka memilih untuk kekal di satu lembah sedangkan rakyat mereka berada di lembah yang lain.seolah olah mereka adalah dua garisan selari yang tidak pernah bertemu.

Selain itu ,wujud juga jurang di antara golongan elit yang berpelajaran dengan orang ramai.Orang ramai secara jumlahnya mempunyai fikrah islam ,memiliki sensiviti agama yang kuat terhadap islam ,dan berakhlak dengan akhlak islam.Adapun golongan elit yang saya maksudkan adalah sebahagian besar bukan semua-mereka telah diserangi oleh penjajahan pendidikan yang telah menghalau  fikrah islam daripada asas kehidupan mereka.Ketua ketua mereka dikelilingi fahaman yang salah tentang islam.Lalu mereka mula beriman kepada sekularisma (athiesma) baik dari segi hidup mahupun pemikiran.

Mereka menganggap agama hanyalah sekadar satu hubungan seseorang dengan tuhanya.Maka mereka tidak membenarkan agama untuk memimpin kehidupan mahupun campur tangan di dalam penguasaan  undang undang.sekiranya ia dibenarkan maka cukuplah baginya masjid untuk solat ,cakap cakap agama di dalam radio dan television,satu kolum di akhbar .Bahkan untuk itu merekalah yang menjadi penderma dan mencanangkan bahawa mereka telah memperjuangkan Islam ! Adapun untuk menjadikan islam sebagai satu sistem kehidupan atau perlembagaan sebuah negara,nescaya sekali kali Tidak! 

By Prof.Dr Yusuf Al Qaradhawi